assalamualaikum w.t.w... =)
hye all.. wat gapo male-male buta nih..heeee..
sya sebenarnye nk tdo dh nih.. tetibe lak teringat my blog yg tk berape nk comey nih..hehe..cian dye..dh lame kne tinggal... sya bkn pe..ujung2 sem ni biasa lah..bnyk keje..cbuk la kate kan..assgment dh nk kne submit.. hohoho..biasa la tu keje last minit kan.. =P kne batang idung sendiri..
skg sya tngh buat assgment pasal sistem perbankan dan institusi kewangan di Amerika Syarikat..fuhh..AS kot..poning den.. kne cari akta perundangan..kne cari ni..kene cari tu lah and semua2 lah..banyakk kottt.. sampai nk muntah sya asyik menghadap laptop jew..
hah..ckp sal muntah ni.. sya skg nih dh tkleh tngk alatan elektronik lama2..(mcm tv, laptop, komputer, lampu dan sewaktu dengan nya..) sya jd nk muntah..hrmmm...sya silau..al-maklum lah..dh 4 tahun keje dok mengadap laptop nih..mata ni pun ade susut nilai gk..hrmmm...
ok2..back to our topic.. =) ermm..pasal assgment AS td.. time sha cbuk2 cari bahan..cari produk perbankan n sebagai nya..sya terjumpa yg kt bawah ni..krisis kewangan di AS..tk thu cpe punye..sya tk kenal..tp info yg menarik..so, sya pun amk sbb nk simpan..nk bace.. leh tambah kan pengetahuan kan.. =) dan sya pun nk kongsi ngn anda sekalian pe yg sya jmpe.. tk salah kan.. mntk halal ye kepada tuan pnye.. so, marilah kite sama-sama membaca nya.. boleh tambahkan ilmu..bak kata pepatah: tuntutlah ilmu sampai ke negeri China..yg ni..tuntut ilmu sampai ke Blog.. =) guna kan sebaik-baiknya kemudahan yg ada..insyaAllah..ilmu akan bertebar luas... =)
KRISIS KEWANGAN DI AMERIKA SYARIKAT
Umum mengetahui mengenai masalah ketidaktentuan pasaran ekonomi di Amerika Syarikat apabila runtuhnya syarikat bank pelaburan terkemuka dunia iaitu Lehman Brothers yang berusia 158 tahun dan juga penjualan sebuah lagi bank pelaburan terkemuka -Merrill Lynch kepada Bank of America baru-baru ini. Insiden ini telah mengundang keresahan dikalangan pelabur dan penganalisis pasaran di dalam dan di luar Amerika Syarikat tentang apakah sebenarnya yang berlaku hingga menyebabkan runtuhnya bank-bank pelaburan gergasi Amerika Syarikat satu persatu bermula dengan Bear Stearns yang dijual kepada JP Morgan Chase menggunakan dana kewangan daripada Bank Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat pada bulan March 2008 yang lalu.
Ringkasan faktor penyebab
Pelbagai persoalan diutarakan antaranya; 1) Adakah krisis kewangan kali ini berpunca daripada spekulator matawang seperti yang dialami oleh negara pada tahun 1997?; 2) Adakah krisis sub-prime ini akan membawa kesan yang sama seperti Krisis Kewangan Asia 1997 serta memerlukan cara penyelesaian yang serupa bagi mengurangkan impak negatif yang bakal Malaysia alami?
Krisis kewangan kali ini berpunca daripada kecuaian pihak bank-bank pelaburan di Amerika Syarikat yang berlumba-lumba bagi mendapatkan keuntungan daripada jualan produk-produk pinjaman perumahan kepada warga Amerika Syarikat itu sendiri. Pinjaman ini ditawarkan tanpa menyelidik dengan teliti financial viability atau keupayaan seseorang peminjam untuk membayar balik pinjaman yang diambil. Adakah pihak bank begitu bodoh sekali dengan memberikan pinjaman begitu mudah tanpa menyelidik terlebih dahulu latar belakang pelanggan yang berurusan dengan mereka? Jawapannya ya dan tidak! Ini kerana di dalam market capital terutama berkaitan dengan aset perumahan, pihak bank seperti tahun terdahulu menjangkakan nilai harga sebuah rumah tersebut akan meningkat berlipat ganda, dan peminjam akan dapat membayar pinjaman yang diambil itu dengan menggunakan nilai pasaran baru yang dijangka meningkat. Jika peminjam tersebut gagal membayar pinjaman, maka pihak bank masih lagi mendapat keuntungan secara sampingan (collateral), nilai rumah yang dilelong yang juga dijangka meningkat.
Namun apa yang berlaku bermula tahun 2007 adalah sebaliknya. Nilai aset perumahan jatuh merundum dengan teruk sekali. Ini menyebabkan peminjam telah mengistiharkan diri mereka muflis dan ada yang lari dari membayar pinjaman perumahan yang mereka ambil. Nilai rumah yang jatuh ini adalah disebabkan faktor asas market economies iaitu tawaran melebihi jumlah kehendak (supply exceeds demands) terutamanya di kawasan seperti Las Vegas dan Miami.
Sistemik penurunan harga rumah ini merebak ke serata Amerika Syarikat dan menyebabkan peminjam mendapati nilai pinjaman mereka melebihi nilai harga pasaran rumah yang dibeli. Ini menyebabkan ramai peminjam bertindak mengistiharkan diri mereka muflis seterusnya menyebabkan harga rumah terus menjunam ke bawah. Namun jika diperhatikan, apa yang saya nyatakan di atas adalah hanya masalah pinjaman yang tidak berbayar dan bank yang memberikan tawaran pinjaman secara membabi buta tanpa meneliti latar belakang peminjam, kenapakah kesan yang dialami oleh pasaran kewangan begitu teruk dan bahaya sekali? Apakah terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan masalah pinjaman ini menjadi krisis kewangan yang paling teruk dalam sejarah? Jawapannya ya! Seperti yang berlaku pada tahun 1997, terdapat watak-watak yang menangguk di air keruh serta mengambil kesempatan ketika pasaran berada dalam keadaan baik sebelum tahun 2007.
Watak-watak yang dimaksudkan adalah watak-watak yang sama yang mengambil kesempatan ketika berlakunya krisis kewangan tahun 1997 iaitu 1) hedge fund operators; 2) Mereka yang menjadi orang tengah menjual beli produk pinjaman, dan; 3) Golongan bijak pandai pasaran yang menyalah gunakan kepandaian mereka di dalam pasaran dengan mencipta produk-produk pinjaman baru yang dibuat bagi mengambil untung (leverage) kepada jumlah pinjaman yang diambil oleh pembeli rumah di Amerika.
Apabila sebuah pelaburan yang dibuat dengan begitu besar, tetapi tidak disandarkan kepada sesuatu barang/ produk secara fizikal seperti bangunan, emas ataupun kenderaan - nilai sesuatu pelaburan tersebut adalah terbuka kepada spekulatif harga. Kerana itu, adalah amat bahaya sekali sesuatu peningkatan ekonomi hanya disandarkan kepada projek yang dijalankan pada intention mode. Nilai pelaburan ini akan naik dan turun secara mendadak dan dalam kes krisis kewangan kali ini, nilai rumah yang turun adalah sebanyak 15% - satu jumlah yang cukup besar.
Keburukan kesan kecuaian pihak bank di dalam krisis sub-prime ini disebabkan oleh dasar pentadbiran Presiden Bush yang telah melakukan banyak potongan cukai luar biasa bertujuan merancakkan lagi pelaburan di dalam pasaran kapital. Situasi ini digelar sebagai ‘irrational exhuberance’ di mana, peluang untuk pengguna dan peniaga bertindak cuai adalah terbuka luas sekali - taksub mengejar keuntungan sehinggakan prinsip asas sistem pasaran ekonomi iaitu berhati-hati di dalam pelaburan tidak diendahkan sama sekali. Pelaburan yang dibuat sewaktu pasaran berada dalam keadaan baik tidak disandarkan kepada sesuatu barangan yang berbentuk fizikal dan booming yang belaku digunakan sepenuhnya oleh rakyat Amerika untuk melabur secara paling mudah iaitu dengan membeli rumah.
Ketika pasaran kapital berada di dalam keadaan baik, watak-watak yang dinyatakan di atas telah menyalahgunakan kedudukan mereka dengan menawarkan produk pinjaman baru yang disandarkan ke atas sijil pinjaman asal pembeli rumah. Sebagai contoh, jika penulis mahu membeli rumah, penulis akan ditawarkan satu polisi perlindungan dalam konteks Krisis Kewangan Amerika Syarikat dari AIG yang menyatakan bahawa jika penulis nyaris muflis, maka insuran AIG akan menyelamatkan penulis daripada kemuflisan tersebut pada kadar nilai yang sama pelaburan penulis terdahulu. i.e. jika rumah yang penulis mahu beli (tetapi rumah tersebut dalam fasa pembinaan) berharga RM x juta, AIG akan menawarkan polisi perlindungan jika berlaku apa-apa kepada pemaju dan rumah tersebut tidak dapat disiapkan, maka penulis akan mendapat insuran sebanyak RM x juta (harga sama dengan pelaburan penulis untuk membeli rumah). Bagi 3 watak yang dinyatakan di atas, situasi ini memberikan keuntungan kepada mereka dengan berlipat ganda melalui produk leverageseperti ini tanpa memikirkan bahawa harga rumah tersebut juga berkemungkinan untuk jatuh. Kenapa golongan ini tidak dapat mengagak harga rumah juga mungkin jatuh? Jawapan adalah kerana akibat terlalu taksub mengejar keuntungan pada waktu ‘irrational exhuberance’mereka cuai dan tidak menghiraukan kesan negatif yang mungkin timbul jika pelaburan ini gagal. Menjadi lebih teruk lagi apabila produk bersifat leverage ini tidak hanya terhenti pada AIG, tetapi berantai kepada pelbagai bentuk produk kapital lain tanpa henti berdasarkan kepada kehendak pengguna - kehendak pengguna adalah tidak terhad.
Agenda menyelamatkan bank pelaburan oleh Kerajaan Amerika
Apabila situasi menjadi tidak terkawal dan semua bank pelaburan di Amerika Syarikat terlalu tamak dan berlumba-lumba mengejar keuntungan dan pelanggan, maka semua bank pelaburan ini adalah terbuka kepada ancaman default dan ini berlaku pada Mac 2008 apabila kerugian ini tidak mampu ditampung oleh Bear Stearns. Kenapa kerajaan Amerika Syarikat menyelamatkan Bear Stearns pada bulan Mac dan tidak Lehman Brothers? Ini kerana, eksperimen pertama menyelamatkan Bear Stearns adalah bagi menyakinkan pelabur bahawa keadaan pasaran kapital adalah baik, namun penyelamatan Bear Stearns hanya melambatkan proses keruntuhan tetapi tidak mampu mengekang jumlah kejatuhan ini.
Di dalam market economies, adalah tidak wajar untuk menyelamatkan bank yang bersifat cuai dan hampir bangkrap di atas kecuaian mereka sendiri (dan dalam konteks Lehman Brothers), mereka menjadi mangsa kecuaian sendiri yang memberikan pinjaman sewenang-wenangnya. Tetapi apakah perbezaan antara Lehman Brothers dan AIG yang diselamatkan oleh kerajaan Amerika Syarikat? Jawapan, AIG berada dalam keadaan yang lebih kritikal dari Lehman Brothers i.e. kejatuhan AIG akan membawa seluruh sistem pasaran kapital seluruh dunia termasuk di Asia jatuh merundum untuk tempoh yang lama kerana pelanggan AIG lebih besar dan ini akan mengakibatkan kesan berantai yang teruk - aset AIG adalah sebanyak 1 trillion dolar dan 70 juta pelanggan yang juga pada masa yang sama berurusan dengan banyak rangkaian firma kewangan. Berdasarkan faktor ini kerajaan Amerika tiada pilihan kecuali menyelamatkan AIG. Tindakan ini dilihat bertentangan dengan prinsip pasaran ekonomi kerana sifat cuai tidak patut dibantu.
Kejatuhan Lehman Brothers dan Merrill Lynch menjadi peringatan dan amaran kepada dua bank besar Goldman Sachs dan Morgan Stanley, kerana pada asasnya kedua-dua bank ini juga menjalankan aktiviti yang sama seperti Lehman Brothers, Bear Stearns dan Merrill Lynch. Bank-bank ini dilihat oleh penganalisis pasaran hanya menunggu waktu untuk jatuh.
Apa yang berlaku di Amerika Syarikat telah menghakis kepercayaan pelabur luar yang banyak menyumbang kepada kestabilan nilai dolar. Nilai dolar pada masa ini sangat terancam berikutan cetakan dolar tersebut - termasuk angka yang dikeluarkan oleh Bank Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat tidak disandarkan kepada apa-apa nilai kecuali keperluan masyarakat dunia berdagang dengan dolar. Jika nilai dolar ini jatuh, maka Amerika Syarikat tidak mampu membeli barangan daripada Asia, dan ini akan mendatangkan masalah ekonomi kepada Malaysia terutama apabila nilai dolar jatuh menjunam dengan mendadak. Disebabkan itu, maka cerdik pandai di Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menyelamatkan bank-bank pelaburan mereka bertujuan memastikan masyarakat dunia masih yakin dengan sistem kewangan Amerika terutamanya nilai dolar itu sendiri.
Konsep ekonomi Islam
Ada pendapat menyatakan bahawa sistem pasaran kapital yang diamalkan sekarang adalah bertentangan dengan sistem ekonomi Islam. Pernyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Islam tidak melarang kepada sebarang pemilikan individu menggunakan sistem pasaran kapital, malah Islam menambahbaik sistem pasaran kapital ini dengan memperkenalkan "ethics"/ etika di dalam perniagaan. Ini terbukti dengan adanya konsep ijarah di dalam sistem ekonomi yang digunakan oleh umat Islam.
Berpegang kepada prinsip di atas, maka Bank Negara Malaysia telah mengkaji konsep ijarah ini dan memperkenalkan sukuk ijarah pada tahun 2006 berlandaskan syariat dan konsep ijarah Islam. Adalah dijangkakan pada tahun-tahun akan datang, banyak lagi inovasi produk pasaran kapital (seperti bon-bon pelaburan dan juga produk pinjaman pelaburan) berasaskan Islamic sukuk akan diperkenalkan dan dicipta bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna khususnya umat Islam.
Terdapat juga cadangan untuk membuang terus dan tidak menggunapakai konsep sistem pasaran kapital ini di dalam kehidupan seharian. Sebagai masyarakat kelas pertengahan yang menerima gaji bulanan dan tidak mampu membayar pemilikan aset seperti kereta, motor ataupun rumah kediaman secara 'one-off ' tunai. Pengguna di Malaysia masih lagi memerlukan produk kapital yang ditawarkan oleh bank-bank pelaburan berasaskan pasaran kapital bagi membuat pemilikan aset ini. Ini tidak termasuk defisit belanjawan kecemasan setiap bulan yang perlu di buat melalui kad kredit apabila kehabisan tunai di dalam memenuhi kehidupan luar jangka seharian.
Kecuaian dan kepincangan pengurusan serta akibat di dalam pasaran kapital
Ramai berpendapat krisis kewangan yang berlaku ini adalah berikutan masalah kepincangan (flaw) konsep sistem pasaran kapital itu sendiri. Pendapat ini adalah tidak benar, ini kerana di dalam pasaran kapital, apabila sesebuah syarikat melakukan kesilapan, maka ianya perlu menanggung akibat daripada kesilapan yang dilakukannya itu.
Di dalam sejarah pelaburan syarikat-syarikat gergasi terutamanya di Amerika Syarikat, sudah banyak syarikat gergasi Amerika (walaupun mempunyai dana berbilion ringgit) tidak mampu mengekang akibat kesilapan/ kecuaian yang dibuat ini. Ini terbukti dengan runtuhnya syarikat-syarikat seperti 1) Worldcom (2002), akibat kepincangan pengurusan dana kewangan; 2) Enron - syarikat gergasi tenaga yang runtuh pada tahun sebelumnya (2001) berikutan masalah kepincangan pengurusan serta yang paling popular adalah; 3) Long Term Capital Management (LTCM) - sebuah bank pelaburan yang mempunyai dana berbilion ringgit juga di istiharkan bangkrap pada akhir 1990-an.
Syarikat-syarikat yang di nyatakan di atas telah dibiarkan untuk jatuh dan muflis dek kesilapan mereka sendiri. Namun apa yang berlaku pada tahun 2008 adalah masalah yang sama yang pernah melanda LTCM tetapi tidak menjadi peringatan kepada Bear Stearns, Merrill Lynch, AIG dan bank-bank pelaburan Amerika syarikat yang lain dan nilai kerugian kali ini adalah cukup besar (berganda lebih besar daripada kerugian LTCM) dan mampu membawa kesan sistemik kewangan yang dasyat kepada sistem kewangan seluruh dunia - berikutan fenomena globalisasi yang turut berlaku di dalam sistem kewangan dunia. Berasaskan imbangan moral ini juga Amerika Syarikat bertindak menyelamatkan AIG bagi memastikan penduduk dunia tidak terkesan akibat kebergantungan yang melampau ke atas dolar'greenbacks' Amerika Syarikat - dalam masa yang sama mengelakkan negara mereka mengalami kemelesetan yang teruk untuk tempoh yang lama.
Kesan krisis kewangan Amerika Syarikat ke atas ekonomi negara
Memandangkan Malaysia merupakan negara ketiga terbesar yang berdagang dengan Amerika Syarikat, nilai eksport barangan (seperti barangan consumer electronics, bahan mentah seperti minyak sawit, getah dan lain-lain) adalah tinggi. Jika krisis kewangan ini tidak di atasi dengan bijak, maka kemelesetan/ 'recession' akan berlaku di Amerika Syarikat akan menyebabkan pengguna harian mereka tidak dapat berbelanja. Ini berikutan nilai dolar yang jatuh berbanding nilai ringgit secara mendadak akan menyebabkan barangan Malaysia tidak dapat dieksport ke Amerika. Kunci utama kepada kestabilan ekonomi Malaysia adalah kadar tukaran yang stabil dan viable padamarket economies dan kuasa beli pengguna Malaysia. Sebagai contoh - jika pada masa kini nilai dolar berbanding nilai ringgit adalah USD$1 bersamaan RM 3.40, maka kesan krisis kewangan ini mungkin akan menyebabkan nilai dolar di dagangkan pada nilai USD$1 bersamaan RM 3.00.
Ini akan menyebabkan nilai ringgit meningkat naik dan barangan eksport dari Malaysia akan menjadi kurang kompetitif berbanding barangan lain seterusnya menyebabkan barangan Malaysia tidak menjadi pilihan dan didagangkan di Amerika Syarikat. Perdagangan antara kedua buah negara ini juga akan dibatalkan dan akan berlaku lambakan barang yang tidak terjual di dalam negara. Kesan ini akan menyebabkan berlakunya kelembapan ekonomi Malaysia kerana tidak berjaya mengeksport barangan ke Amerika Syarikat. Penurunan taraf hidup penduduk Malaysia akan berlaku dan berkemungkinan pengguna domestik tidak dapat lagi berbelanja mewah seperti sediakala.
Jika nilai dolar merundum secara mendadak, berkemungkinan kerajaan Malaysia terpaksa mengambil langkah untuk mengurangkan nilai ringgit berbanding dolar Amerika bagi mengembalikan kadar tukaran seperti kadar sebelumnya. Tindakan ini adalah perlu bagi memastikan eksport barangan Malaysia dapat didagangkan dan berjalan seperti sebelum berlakunya krisis kewangan ini. Namun apa yang membimbangkan adalah, di dalam ekspektasi mengurangkan nilai ringgit ini, pedagang matawang yang sentiasa memerhatikan tindakan kerajaan akan mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti shortselling bagi mendapatkan keuntungan hasil jualan segera/ 'fire sale' nilai ringgit ini. Untuk memastikan nilai ringgit yang dikurangkan mencapai nilai USD$1 bersamaan RM 3.40 sebelum kadar baru akibat krisis yang berlaku (amid masalah shortselling oleh pedagang matawang), Bank Negara perlu menggunakan dana yang ada untuk membeli ringgit yang dijual secara shortselling ini. Ini mengakibatkan dana kewangan negara akan habis, dan jika habis, maka nilai ringgit akan jatuh secara free fall mungkin pada paras jauh lebih rendah - USD$1 bersamaan RM 5.00 atau lebih teruk. Perlu di ingatkan dana hedge funds adalah berlipat kali ganda tingginya daripada dana yang ada di dalam perbendaharaan negara - dana nasional tidak mampu melawan aktiviti shortselling yang dilakukan oleh pedagang matawang ini.
Adalah penting bagi mengekalkan nilai ringgit pada paras terdahulu sebelum berlakunya krisis, kerana nisbah ini adalah viabledikalangan penduduk Malaysia yang menjadi pengeluar produk kepada pengguna di Amerika Syarikat. Salah satu cara untuk memastikan krisis kewangan yang berlaku ini dapat dikekang adalah dengan mengharamkan aktiviti shortselling sepenunya. Bagaimanakah cara yang berkesan? Setakat ini tiada undang-undang yang dapat mengekang aktiviti seumpama ini dan tiada undang-undang antarabangsa yang mengharamkan aktiviti seumpama daripada tidak berlaku (pedagang matawang beroperasi tanpa sempadan negara). Salah satu cara yang berkesan adalah dengan memperkenalkan sistem kawalan matawang.
Sistem kawalan matawang
Bagaimanakah sistem kawalan matawang ini berfungsi? Sesebuah negara mempunyai kedaulatan mutlak ke atas pemilikan negara. Oleh itu, matawang juga dianggap sesuatu milik negara. Dipendekkan cerita, Bank Negara mempunyai kuasa bagi memastikan nilai ringgit yang dibawa ke luar negara tidak valid dan tidak dapat digunakan. Dengan ini, aktiviti short selling tidak dapat dilakukan. Tetapi masalah timbul, jika nilai ringgit tidak dapat digunakan diluar sempadan Malaysia bagaimana negara mampu membayar import barangan yang dibawa masuk. Apa yang dilaksanakan pada tahun 1998 - lebihan dagangan/ surplus eksport minyak sawit, getah dan baranganconsumer electronics (yang dieksport) ini yang kekal berada diluar negara digunakan bagi membayar import ini. Pada ketika artikel ini ditulis, jumlah eksport minyak sawit, getah dan barangan eksport negara bertambah dan meningkat berikutan permintaan global yang tinggi.
Alternatif selain daripada sistem kawalan matawang
Terdapat juga alternatif lain selain daripada regim kawalan matawang. Antaranya melaksanakan mekanisma pembayaran secara bilateral antara negara yang ingin berdagang dengan Malaysia. Sebagai contoh jika Malaysia berdagang dengan negara Filipina, kedua-dua bank pusat negara ini akan menjalankan transaksi perniagaan tanpa menggunakan nilai dolar. Lebihan dagangan/ surplus ini akan disimpan di bank pusat negara berkenaan, ini bukan sahaja mengurangkan kebergantungan kepada dolar Amerika, malah akan meningkatkan keperluan penggunaan nilai matawang negara berkenaan – seterusnya membantu meningkatkan nilai matawang ringgit.
Kesan krisis kewangan yang berlaku mampu mendatangkan kesan yang negatif kepada industri pembinaan, retail purchase, jual beli aset termasuk kenderaan. Ketidak yakinan pengguna kepada keadaan ekonomi semasa juga akan menyebabkan pengguna lebih suka untuk menyimpan wang di dalam bank daripada berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan pengguna dan akan menyebabkan ekonomi meleset. Pengguna tidak dapat meminjam daripada bank, pihak bank pula bertindak untuk berhati-hati di dalam penawaran produk kapital seterusnya perniagaan tidak dapat berjalan seperti sediakala (kesan credit crunch). Impak yang dialami ini adalah berantai dan memberikan kesan kepada semua pihak.
Samada kesan ini akan menjadi teruk bergantung kepada keputusan senate Amerika Syarikat yang sedang bersidang untuk meluluskan pakej penyelamat sebanyak USD$700 billion bagi menyelamatkan bank-bank pelaburan yang terlibat. Tetapi persoalan harus dikemukakan, mengapa perlu Malaysia mengambil tindakan tunggu dan lihat, jika pelan contingency adalah terbuka luas untuk terus bebas dari ketidakpastian nilai dolar dengan terus tidak menggunakan dolar tetapi berdagang menggunakan matawang sendiri ataupun satu matawang yang disandarkan kepada nilai emas ataupun juga penggunaan matawang serantau seperti dikalangan negara-negara ASEAN.
Apa yang berlaku kali ini tidak ada bezanya dengan krisis kewangan 1997, apa yang memberikan sedikit kelainan adalah jumlah angka yang terlibat - cuma kali ini, angkanya lebih besar.
p/s: mohon maaf jika ade kesilapan atau terlanjur bicara.. kepada tuan punya yg bertungkus lumus, sya mntk maaf sbb den tk mntk kebenaran..tk reti nk ckp cmne (tk jmpe pn ngn anda).. sya just nk kongsi pe yg sya jmpe.. mohon seribu kemaafan dan ampun di pinta ye..