1.1 Ciri-ciri
sistem politik masyarakat Melayu tradisional.
Kemunculan
kerajaan adalah disebabkan adanya raja. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa
dalam sesebuah kerajaan. Tanggungjawab raja:- Memberi perlindungan politik dan
menjamin keselamatan rakyat di kawasannya. Rakyat membalas dengan cara menerima
dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan
sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah. Kerajaan kuat akan menakluk
kerajaan yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. Contoh Kseultanan Melayu
Melaka.
1.2 Perubahan
yang dilakukan oleh british setelah campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu.
British
merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. British menetapkan sempadan
setiap kerajaan. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep
negeri. Pengenalan Malayan Union 1946 di Tanah Melayu adalah untuk membina
sebuah negara dan bangsa yang moden telah ditentang oleh orang Melayu.
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menggabungkan semua negeri Melayu
dalam sebuah pentadbiran pusat. Kemerdekaan kepada PTM 1957 telah menjadikan
Tanah Melayu sebagai negara yang merdeka. Persetujuan Sarawak dan Sabah
bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan negara Malaysia yang
berdaulat.
1.3 Ciri-ciri
bangsa yang terdapat dalam bangsa Malaysia.
Dikemukakan
oleh Dato Seri Dr Mahathir semasa Majlis Perniagaan Malaysia 1991. Konsep
bangsa merujuk kepada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya
dan kepercayaan. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu
bahasakebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan serta )Rukun Negara. Pembentukan
bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan
pengekalan kemerdekaan. Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan
sejak zaman kesultanan Melayu Melaka,semasa penjajahan Barat dan perjuangan
menuntut kemerdekaan.
2.0 PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Konsep
Negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden di Eropah.
2.1 PEMBINAAN NEGARA BANGSA MODEN DI
EROPAH
Perang Dunia
Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan
kekalahan Jerman dan sekutunya. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Deklarasi ini
telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat
sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan.
Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut
beroleh kemerdekaan.
Dengan itu,
muncullah negara bangsa yang baru. Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia,
Lithuania, Poland dan Yugoslavia.
Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro, Croatia dan
Bosnia-Herzegovina.
Idea ini tercetus di Barat pada penghujung abad
ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi
Inggeris 1688, Perang
Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi
Perancis 1789.
Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat,
kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden. Pembentukan negara moden ini
adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi
menggantikan bentuk negara feudal.
Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula
pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16. Dari segi pertumbuhan
nasionalisme, zaman ini penting kerana telah memperlihatkan bibit-bibit
kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara
bangsa.
Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar
Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para
nasionalis menggunakan unsur persamaan
rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing.
Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para
nasionalis.
2.2 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA ITALI
Negara
Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke -19.
Itali
pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah. Di bahagian utaranya,
beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria.
Orang
Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan
menghalau orang Austria dari bumi Itali. Dengan menggunakan amalan realpollifik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha
menyatukan Itali menjadi sebuah negara.
Count
Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan
pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis)
bagi menentang Austria pada tahun 1860. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria.
Melalui satu pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour
memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.
Pada
tahun 1866, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah
dipulangkan kepada Itali. Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil
peluang ini menyatukan Rom dan Itali.
Itali
asalnya dikuasai oleh Austria dan rakyatnya mahu menyatukan Itali dengan
membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Benso di Cavour berusaha
menyatukan Itali menjadi sebuah negara melalui realpolitik. Realpolitik adalah
amalan yang mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamatnya.
Usaha
Benso di Cavour dalam penyatuan Itali:-
a)
bekerjasama
dgn Napoleon III menentang Austria
b)
mengadakan
punggutan suara
c)
membantu
Prussia tewaskan Austria
d)
menyatukan
berlandaskan pemerintahan monarki
e)
menyatukan
melalui amalan Realpolitk
f)
Perancis
berundur dari Rom, beliau telah mengambil kesempatan menyatukan Rom dan Itali.
g)
Akhirnya
terbentuklah sebuah negara bangsa Itali.
2.3 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA JERMAN
Penyatuan
Jerman dilakukan oleh Otto Eduard Von
Bismark dengan mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk
menyatukan Negara ini pada tahun 1871.
Bismark telah menggunakan
pelbagai taktik. Taktik yang digunakan oleh tokoh ini:_
i) tipu helah
ii) pemalsuan dokumen
iii) provokasi
iv) penipuan
v) ugutan untuk mencetuskan
peperangan
Matlamatnya
adalah untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem
kediktatoran yang diperjuangkan oleh tokoh mereka untuk menyatukan Jerman. Tokoh
ini juga menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan
semangat rakyat Prussia di medan tempur.
2.4 PEMBENTUKAN
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Berbeza
dari pembentukan Negara bangsa di Eropah yang mengamalkan realpolitik serta
politik darah dan besi.
Pembentukan
kerajaan Islam di Madinah merupakan penyatuan ummah. Nabi Muhammad s.a.w
menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.
Piagam
Madinah berjaya menyatukan penduduk yang berbilang kaum iaitu Yahudi, orang
kristian dan orang Arab. Baginda
membentuk kerajaan Islam dengan menggunakan cara diplomatik, musyawarah dan
permuafakatan.
Pembentukan
kerajaan Islam di Madinah membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah
disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin
dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Amalan ini patut dicontohi
untuk menjamin keutuhan Negara dan bangsa.
2.5
PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
Pembentukan negara Malaysia pula
tidak melibatkan pertumpahan darah. Berkat kebijaksanaan pemimpin. Kemerdekaan dicapai
melalui rundingan, pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum terbesar di
Negara ini.
2.4.1
CIRI-CIRI
NEGARA DAN BANGSA
2.5 CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM
KESULTANAN MELAYU MELAKA
Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan
dengan ciri-ciri negara bangsa moden
pada hari ini. Ciri-ciri itu ialah wilayah pengaruh, kedaulatan, rakyat,
kerajaan, lambang-lambang dan keunggulan undang-undang.
Wilayah
Setiap negara mempunyai wilayah, iaitu kawasan
tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum. Wilayah pengaruh
merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan
seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh
yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden.
Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur
Sumatera.
Kedaulatan
Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap
rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana
pihak. Kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah Negara
atau pemerintah. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang
dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna
negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan memastikan
sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau
penjaiahan kuasa asing. Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan
Melayu Melaka berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan negara moden. Pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang
memerintah. Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.
Lambang Negara
Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang
menjadi identiti sesebuah negara.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan
bangsa. Sistem pemerintahan beraja adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan
agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka hingga hari ini. Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga
dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol
dan adat istiadat istana.
Undang-undang
Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa ialah
keunggulan undangundang dalam
pemerintahan. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal
masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk
memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan
struktur kerajaan, kehakiman bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh
masyarakat. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber
undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama
Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun
Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta
pantang larang di kalangan anggota masyarakat. Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan
hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya.
Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan
tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara
pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan
jenayah.
Rakyat
Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
dan mereka ini terikat kepada undang
undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah.
Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan
gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya
Kerajaan
Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk
menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan
menjalin hubungan diplomdtik dengan negara lain. Pada masa dahulu kerajaan
hanya wujud apabila adanya raja. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau
Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan
yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing, iaitu
di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jaiahan takluk Melaka. Sistem
Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan system pemerintahan beraja dan
kerajaan di Melaka
2.5.1
WARISAN
NEGERI MELAYU: KESULTANAN MELAYU MELAKA
2.6 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR
Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar. Merupakan
perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap. Dikuatkuasakan pada tahun 1895.
Mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan
orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri. diasaskan
mengikut perlembagaan Barat.
Raja
Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki, beragama
Islam dan merupakan waris pemerintah Johor.
Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan
perkenan Raja.
Majlis
Mesyuarat Kerajaan
Dibahagikan kepada dua, iaitu Majlis Negeri yang
mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa
pelaksanaan. Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri
kepada kuasa atau kerajaan lain. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri
Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri
dalam mentadbir negeri dan rakyat seperti yang termaktub dalam Fasal 49
perlembagaan berkenaan. Jemaah Menteri pula terdiri daripada 8 hingga 12 orang
pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka ini berbangsa
Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor.
Tugas
dan tanggungjawab
Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi
Menteri mesti mengangkat sumpah dan
memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor. Persidangan Jemaah
Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila
dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar
atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.
Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh
keinginan pemerintah Johor untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi
menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pengisytiharan Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi
menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.
2.7 UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN
TERENGGANU
Diluluskan oleh Sultan Zainal Abidin III (1881 -
1918) yang memerintah Terengganu selepas kemangkatan ayahanda baginda, iaitu
Sultan Ahmad Shah pada tahun 1911yang dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk
bi-ta'dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan
keadilan.
Undang-undang ini berasaskan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Johor 1895. Tuiuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis
tersebut adalah untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu. Undang-undang
Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 menghasilkan beberapa perubahan penting dalam
pentadbiran dan pemerintahan negeri Terengganu. Undang-Undang ini masih
mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa
kepada agama Islam, iaitu sebagai agama negeri.
Pemerintahan beraja di Terengganu bercorak raja
berperlembagaan. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu,
lelaki, dan merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu. Dalam
melaksanakan pemerintahan, Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Menteri. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama
Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu, serta mengaku taat setia kepada
Sultan dan kerajaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang
dilantik oleh Sultan. Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar
setelah diperkenankan oleh Sultan. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab
membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal
undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan
negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.
Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati
pemerintah negeri dan ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Pemerintah
Terengganu menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan mantap
untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan. Selain itu, perlembagaan bertulis
ini juga menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan
kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng atau tulang belakang untuk
mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu.
2.8 PERSAMAAN UNDANG-UNDANG TUBUH JOHOR
DAN UNDANG-UNDANG TUBUH TERENGGANU
2.9 SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN
Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan
sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836). Sultan Muhammad II
(1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan
pemerintahan kelantan. Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja
yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan
golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
Struktur
Sistem Jemaah menteri Kelantan.
a) Jemaah
Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
b) Jemaah
Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh
negeri kelantan.
c) Jemaah
Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan
dan kehakiman.
d) Jemaah
Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
e) Jemaah
Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
f) Jemaah
Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
g) Jemaah
Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
h) Jemaah
Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan
pembangunan negeri.
2.10
NEGERI
SEMBILAN- PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN
Terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu Sungai
Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung
Pasir telah pun mempunyai rajanya sendiri pada abad ke 18 iaitu Raja Melewar (gelaran
Yamtuan Besar) dan bersemayam di Seri Menanti. Negeri Sembilan merupakan negeri
Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British
dan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan
berada di tangan rakyat.
Cara memilih pemimpin
Pelantikan
pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh
Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar. Yang
Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda tidak berhak
melantik pembesar. Hal ini disebabkan pelantikan tersebut dibuat oleh Undang,
Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah
berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
Negeri
Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luak. Empat
luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Ketua
setiap luak ialah Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga. Undang dipertanggungjawabkan
untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Di
bawah Undang ialah Lembaga dan Lembaga ini dilantik oleh Buapak. Lembaga
merupakan ketua suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap
suku masing-masing. Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi
Undang. Buapak merupakan Ketua Perut. Buapak menjadi tempat rujukan bagi
setiap masalah khususnya, yang berkaitan dengan adat. setiap anggota Perut dikenali
sebagai Anak Buah.
Sistem
Adat Pepatih
Sistem
ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada
individu mengikut peringkat. Sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan
mempunyai unsur demokrasi. Sistem pemerintahannya telah melahirkan peraturan
hidup seperti kepentingan bersama, semangat bergotong-royong, permuafakatan dan
sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sistem ini lebih mementingkan
permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin.
3.0 RUMUSAN
Istilah negara bangsa dan negara dan bangsa
digunakan dalam konteks yang berbeza. Konsep negara bangsa merujuk kepada
negara bangsa moden di Eropah. Konsep ummah merujuk kepada kerajaan Islam di
Madinah. Konsep negara dan bangsa di Malaysia pula merujuk pada pembinaan
negara dan bangsa Malaysia. Kepelbagaian tafsiran ini disebabkan oleh
perkembangan Sejarah yang berbeza yang berlaku di Eropah, Asia Barat dan Malaysia.
Pembentukan
negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah
adalah berasaskan kepentingan persamaan rumpun bangsa dan bahasa. Pembentukan
kerajaan Islam di Madinah pula berdasarkan penyatuan ummah Islam. Pembentukan
negara dan bangsa di Malaysia bergantung pada kesediaan setiap warga negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan
kesederhanaan. Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial bagi memperkukuh pembinaan negara dan bangsa
Malaysia.