since im getting 24..hukhukhuk~ tuo dh den ni ha.. :) masih lagi unemployment..hohoho..dan seperti biasa..sangat malas menghapdet blog..blog walking je rajin..hikhikhik..
k bai~
Assalamualaikum W.T.W dan selamaT Sejahtera deaRest... =)
Thanks for viewing my Blog.... <3 <3 <3
Be My Followers
Saturday, 3 November 2012
Thursday, 6 September 2012
september here i come..
assalamualaikum..w.t.w....
(perkara satu: konvo)
dh lama tk update entri..sbb nya sha bz lorhh.. :) bln9 ni bnyk bnde nk kne buat..mne nk study mcm2 lagi.. :) sebenarnya sha bz sbb maklum lah..nk konvo dh..bnyk nk kna urus dan kna settle kan.. nk print macam2 lagi..hrmmmm... pening gak la.. nk isi kptm pnya soal selidik..tp tk dpt2 nk login langsung... hope next week settle la semua benda alah ni.. risau yg amat ni..kang tk pasal tk boleh konvo lak..adoiiiiiii~
(perkara dua: interview)
oh ya..lepas tu, nexy two week lak sha ada interview..ni merupakan interview yg ketiga sha dapat..yg dua sebelom ni tk pg pon sbb jauh kt KL nu,sha kt sabah skg....so, ingt dh dpt peluang ni (g sbb interveiw nya kt sabah jak bah..hehehehe..kalo tk,melepas jgk la jwb nya... ) ni lagi satu kerja yg membzkn sha..mna nk sediakan salinan sijil bagai..hrmmmm..mcm2...nk prepare utk interview tu pulak..stdy itu ini....kalo tk, mau jd tunggul ja time kne soal... :P malu la nnt...hehehe...
(perkara tiga: naik flight g KL)
lepas interview tu pulak..nk kna g KL..hadoiiiiii...macam2 kan.. :) mcm tk sempat je segala hari yang ada... sha g kl selama dua mingguuu...lagi tk berhapdet blog aku..terbaikkkkkk~ :) mmg sukar la nk join nuffnag kalo gini.. :P
lastly, hope sebelom g interview..akan selesai lah perkara satu tu..harap sangat kptm tk buat hal lagi minggu dpn...kalo tk nnt jadi kelAM kabut nnt...
sbb lepas interview tu, nk settle kn perkarapasal nk g KL ni pulak..hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiii~
wish me luck...pleaseeeee~
Friday, 3 August 2012
taman kera~
olaaaa.... :) jom tngk kera yg sngt mesra alam...kt bukit melawati...
mesra kn mereka..heeeeee... :)
mesra kn mereka..heeeeee... :)
petroSains :)
Assalamualaikum w.t.w :)
kali ni entry pasal g petro sains pulak..kt KLCC.. :) senang je nk g..tkyah nk kne ajar..hehehe.. :)
bnyk benda yg kte leh explore kt sana..sngtt bestt.. :) ade t-rex menyanyi..hohoho..
k enjoy la gmba yg ado...
kali ni entry pasal g petro sains pulak..kt KLCC.. :) senang je nk g..tkyah nk kne ajar..hehehe.. :)
bnyk benda yg kte leh explore kt sana..sngtt bestt.. :) ade t-rex menyanyi..hohoho..
k enjoy la gmba yg ado...
| yg putih sha pnye...syok o lawan ni.. :) |
| kt pelantar minyak... |
| gerudi... |
| bnde ni kalo kna kaki ni mau lumat... |
berRamadhan di zoO :)
Assalamualaikum w.t.w dan selamat berpuasa kpd umat islam.. :)
ingt lg tk...sha penah kte kt entry sblm ni nk cite pasal time sha g ZoO..hehe.. :) okey..okey..meh cni nok cite..
ni pengalaman pertama dan terakhir la kot bila di imbas kembali..huuuu..nk thu knp?? sbb sha pg zoO time bulan ramadhan kottt..letih gilerrrr..hahaha..yg p time posa tu saipa.. :D mcm lawak je..hala..time tu je free..n boleh g jalan-jalan pun..gagah gk la nk p, nk melawat rakan-rakan kt zoO nuh..heeeee.. :)
![]() |
| yg ni mck kura-kura..heee :) |
![]() |
| tok unta.. :) lotih je dye..poce gk kot..kan kan..?? |
![]() |
| ni haaa.. :) pentas pertunjukan tu.. :) dok tngh skali okey..kmi 1st smpi.... |
![]() |
| yg ni kakak girafe... :D sopan santu je dye.... |
tkpe..puasa-puasa pn enjoy gk.. :) sbb time tu dpt tngk "ampiteater" btui ke tk eja tu tkthu..nk thu g la tngk kt zoO tu sndiri..besttt3x.. :) yg pertunjukan haiwan tu la.. :) singa laut dok tepuk-tepuk tangan.. :) burung kakak tua dok turun bendera.. helang terbang sana sini..bnyk g la.. :) sngtttt best...kmi semangat lg time ni.. :) pagi lg..heheh..bila dh ptg tu yg tk larat sngtttt...hala..nk round satu zoO tu bkn dekat..sib baik ada bas.. bas lak dua round ja boleh nek.. tension tol..tk mcm kt bukit cerakah..bila-bila masa leh naik... :) sha kasik 5bintang utk bas kt bukit cerakah.. :D nk thu knp..? g la bukit cerakah..jmpa la anda ngn bas renovet..hahahaha..bas zoO pn renovet tp bas kt zoO tk best..ngeeee..kne banned la sha ngn org2 zoO pasni..ampun ye..saya byr perkhidmatan anda... :)
okey..enjoy la gambar2 kt zoO.. :) sha ni semangat satu malaysia..so,g melawat area malaysia je la.. :) heeee.....
Thursday, 19 July 2012
ekosistem hutan terganggu...
hyeee.. :) mcm extreme je tajuk entri ni.. :)
haruslah extreme..kne wt kajian lapangan pasal hutan kot..haha..tkkn dh tukar option lak sha ni.. :)
ni sbnrnye kajian lapangan bdk 15tahun..dan ambe kne buat sbb org hostel call..FOLIO HILANGGGG!!! nangis-nangis dye tepon mak dan akak dya kt umah.. :) comel jak adik ku ini..
so,bermula lah agenda baru.. :) disebabkan tkde keja kt umah nih..i pn menawarkan diri utk membantu sedikit sebanyak.. :) cari-cari bahan je..bg maklumat pe yg patut.. :) ada jgk fatwa rekaan, tp bkn lah rekaan semata-mata ye..rekaaan berdasarkan pengetahuan.. :)
ini lah hasil nyaaaa.. :) adik-adik yg lain..semoga boleh membantu.. jgn cuai letak folio yg sudah siap tau...nnt tk pasal-pasal kna buat lain..sian org yg kt umah..haha.. :) seminggu kemuadian..setelah folio rekaan ku hampir siap..rasanya dh siap kot masa tu.. bdk 15tahun tu pn call..umi..alongg..folio tu jumpa sudah..tercicir dalam kelas.. huahuahuahua... :) betuah sungguh punya budak.. :) tkpa lah dik.. :) sayanggggg kamuu... (geram hingga mengigit jari... :) )
Konsep
Ekosistem Hutan
Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait
antara benda hidup (biotik) dengan benda bukan hidup (abiotik) dalam alam
semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti
manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik
meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari
dan sebagainya.
Sementara ekosistem hutan
pula adalah hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan
fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada
suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.
Sebagai contohnya,
ekosistem hutan yang terganggu akan menyebabkan haiwan-haiwan yang tidak
sepatutnya keluar dari hutan seperti babi hutan kini telah berkeliaran di
kawasan umum. Hal ini kerana habitat haiwan berkenaan telah diceroboh ataupun
dimusnahkan. Ini akan menyukarkan pihak yang terlibat seperti perhilitan untuk
mengawak keadaan tersebut.
Kepentingan Ekosistem Hutan
1)
Habitat Flora Dan Fauna
a.
Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal
berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncas dan
lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok
senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan
haiwan-haiwan tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan
kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara,
proses tumbesaran pastinya akan terjejas.
2)
Membekalkan oksigen
a.
Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan hijau merupakan agen
yang membekalkan oksigen yang baik kepada manusia.hal ini kerana, pokok
senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen
melalui proses fotosintesis. Hal ini akan membantu manusia untuk mendapat
bekalan oksigen yang cukup. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,
kita hendaklah bersatu hati menjaga alam sekitar kita yang kaya dengan sumber
alam yang amat berguna sebelum ianya pupus.
3)
Zon penampan mengawal hakisan
a.
Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam
tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan tanah . Disamping itu juga
akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi.
Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada
jatuh atau runtuk ke bawah.
4)
Eco-pelancongan dan rekreasi
a.
Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang
berhubung kait dengan alam sekitar. Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi untuk
penduduk sekitarnya seperti dijadikan kawasa beriadah, berjogging, dan merehatkan
minda bagi penduduk bandar.
5)
Kawasan tadahan air
a.
Hutan sebagai kawasan sumber bekalan air bersih. Hutan
bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air.
Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan.
Air dari sinilah yang akan mengalir ke permukaan
sungai-sungai utama. Sumber bekalan air dari hutan yang belum dicerobohi adalah
selamat, jernih, segar dan menjamin kesihatan.
Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa hutan sangat
penting kepada manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus
dilakukan agar penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibenteras.
Oleh yang demikian, kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam
sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan daripada terganggu.
Kesan Ekosistem Hutan Terganggu
1)
Hakisan tanah berlaku
·
Penerokaan hutan menyebabkan hakisan tanah.
Penerokaan hutan tinggi menyebabkan sturuktur tanah menjadi longgar. Penerokaan
hutan mendedahkan permukaan tanah secara langsung kepada hujan, air hujan akan
melarikan tanah ke kawasan yang lebih rendah dan menyebabkan kawasan sekitar
berubah.
2)
Kawasan tadahan air terjejas
·
Penerokaan hutan menyebabkan pencemaran sungai
dan kawasan tadahan air. Kemusnahan hutan turut memusnahkan kawasan takungan
air. Sisa-sisa penerokaan hutan akan mengalir ke dalam sungai apabila hujan
turun. Lambakan sisa buangan akan menjejaskan sumber bekalan air bersih
seterusnya memusnahkan hidupan akuatik.
3)
Suhu meningkat
·
Penerokaan hutan menyebabkan perubahan iklim.
Penebangan hutan secara tidak terkawal akan mengubah suhu persekitaran.
Pemanasan global iaitu peningkatan suhu dan kesan rumah hijau berpunca daripada
aktiviti penebangan hutan, penggondolan tanah dan pembakaran terbuka. Selain
itu, bekalan oksigen juga turut berkurangan.
4)
Eko-pelancongan tidak dapat dibangunkan
·
Kemusnahan hutan akan menyebabkan tempat
rekreasi dan pelancongan terjejas. Di mana, tiada lagi wujud suasana yang
tenang dan bersih untuk dijadikan tempat beristirehat bagi penduduk Bandar dan
sebagainya.
Kawasan
hutan terutamanya kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai sumber alam
perlu dijaga agar tidak memberi impak buruk kepada kehidupan dan alam sekitar. Kita
perlulah menjaga keharmonian manusia dengan alam sekitar. Hal ini kerana
keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam
sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
Cadangan Untuk Mengurangkan Ekosistem Hutan
Terganggu
1)
Pembangunan terancang
·
Pihak pemaju perumahan
pula perlu menyusun semula segala pembangunan sesuatu tempat. Ini untuk
mengelakkan sebarang hakisan akan berlaku . Mereka juga perlu bertindak cepat
dengan menanam tumbuhan tutup bumi di semua kawasan lapang.
2)
Pendidikan alam sekitar
·
Pihak pemaju perumahan
perlulah bekerjasama dengan majlis daerah atau majlis pembandaran untuk
membuat beberapa program kesedaran berkenaan pendidikan alam sekitar.
Selain itu juga penduduk digalakkan menanam tumbuhan hijau disekeliling rumah
dengan bantuan pemaju perumahan. Dengan itu, selain untuk tujuan membaiki
ekosistem hutan orang ramai juga akan dapat menghias kawasan rumah
masing-masing.
3)
Kuatkuasa undang-undang/perhilitan
·
Pihak kerajaan
perlulah menghadkan pemberian permit kepada pemaju perumahan dalam
mereroka kawasan baru untuk tujuan pembangunan. Mereka perlu mengambil kira
mengenai kawasan-kawasan hijau yang sangat berpotensi di masa hadapan. Hal ini
akan dapat membaiki semula ekosistem hutan. Semua pihak juga perlu melibatkan
diri dalam proses pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab
bersama untuk kesejahteraan hidup.
4)
Kempen alam sekitar
·
Pihak kerajaan serta badan bukan kerajaan iaitu
NGO juga perlu mengambil peranan dalam menangani masalah ekosistem hutan terganggung
ini dengan mengadakan kempen-kempen alam sekitar samada dalam kalangan pelajar
mahupun kepada golongan bekerja dan sebagainya. Sebagai masyarakat pula, kita
seharusnya peka terhadap isu-isu alam sekitar iaitu dengan prihatin terhadap
persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
sambungan..bukit cerakah~
jalan-jalan nek basikal adalah salah satu aktiviti yg ada kt bukit cerakah ni..huhuhu..sngatt mencabar~ :)
sewa basikal ni ikut jam..1jam rm5 kalo tk silap..sbb sha ni terlalu terer nek basikal..kmi amk sejam je la..hahaha.. :P lama la sngttt..tu la catatan paling awal skali kt senarai buku log sewa basikal tu.. :) smpi bdk jaga tu kata..ai..kejap je main.. :D heee....malu...
bawah ni basikal yg ku naiki yg mmbuatkan aku jatuh tergolek dok kt tepi jalan aritu..heeee..sib baik tkdak org... :)
yg ni basikal tua..hehehe..bru kayuh tk smpi semeter..rantai tanggal...
org len men relax jew..jeles-jeles.. :)
basikal tua dh elok.. :)
tp pi singgah minum jap..kayuh tkde la jau mne..letih je yg lebih..hahaha... :)
basikal berduyun tibaaaaaa...time ktorg nk naik..satu pn tkde...
to those yg nk nek basikal kt bukit cerakah tu..kne g awal2 ye..sbb ni adalah antara hot item kt sana..sat je abeh...full org tempah.. :) kalo tknk naik basikal..bas ade.. tp rugi la kn kalo tk try berbasikal.. so,try jgn tk try.. :) pasni kite g zoo pulak.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)