Assalamualaikum W.T.W dan selamaT Sejahtera deaRest... =)

Thanks for viewing my Blog.... <3 <3 <3

Be My Followers

Thursday 22 May 2014

LATAR BELAKANG PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA



1.1  Ciri-ciri sistem politik masyarakat Melayu tradisional.
Kemunculan kerajaan adalah disebabkan adanya raja. Kedudukan raja begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. Tanggungjawab raja:- Memberi perlindungan politik dan menjamin keselamatan rakyat di kawasannya. Rakyat membalas dengan cara menerima dan mengakui kekuasaan raja. Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah. Kerajaan kuat akan menakluk kerajaan yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. Contoh Kseultanan Melayu Melaka.

1.2  Perubahan yang dilakukan oleh british setelah campur tangan di Semenanjung Tanah Melayu.

British merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. British menetapkan sempadan setiap kerajaan. Konsep kerajaan beransur luput dan digantikan dengan konsep negeri. Pengenalan Malayan Union 1946 di Tanah Melayu adalah untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden telah ditentang oleh orang Melayu. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu telah menggabungkan semua negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. Kemerdekaan kepada PTM 1957 telah menjadikan Tanah Melayu sebagai negara yang merdeka. Persetujuan Sarawak dan Sabah bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu telah mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat.


1.3  Ciri-ciri bangsa yang terdapat dalam bangsa Malaysia.

Dikemukakan oleh Dato Seri Dr Mahathir semasa Majlis Perniagaan Malaysia 1991. Konsep bangsa merujuk kepada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya dan kepercayaan. Bangsa Malaysia dibentuk melalui penggunaan satu bahasakebangsaan, pengamalan kebudayaan kebangsaan serta )Rukun Negara. Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan. Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka,semasa penjajahan Barat dan perjuangan menuntut kemerdekaan.

2.0  PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Konsep Negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa moden di Eropah.
2.1  PEMBINAAN NEGARA BANGSA MODEN DI EROPAH
Perang Dunia Pertama yang tercetus pada tahun 1914 hingga tahun 1918 berakhir dengan kekalahan Jerman dan sekutunya. Di Perancis, Persidangan Damai Paris telah mencapai kesepakatan melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.
Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip, iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa. Ekoran itu, empayar Austria-Hungary dan Turki yang mengalami kekalahan telah dibahagi-bahagikan. Keadaan ini menyebabkan pelbagai golongan etnik dan bangsa tersebut beroleh kemerdekaan.
Dengan itu, muncullah negara bangsa yang baru. Tujuh negara bangsa baru yang muncul di Eropah ialah Czechoslovakia, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Poland dan Yugoslavia. Yugoslavia terdiri daripada Serbia, Slovenia, Montenegro, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.
Idea ini tercetus di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden. Pembentukan negara moden ini adalah mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.
Di Eropah Barat, zaman moden awal dianggap bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke-16. Dari segi pertumbuhan nasionalisme, zaman ini penting kerana telah memperlihatkan bibit-bibit kelunturan entiti politik berasaskan keagamaan dan kemunculan idea negara bangsa.
Kebangkitan nasionalisme telah mengancam empayar Austria, Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing-masing. Penyatuan dan pembentukan negara bangsa merupakan matlamat akhir para nasionalis.

2.2  PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA ITALI

Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke -19.

Itali pada mulanya terbahagi kepada beberapa buah wilayah. Di bahagian utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia dan Lombardy masih dikuasai oleh Austria.

Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali. Dengan menggunakan amalan realpollifik, Count Camillo Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara.

Count Camillo Benso di Cavour sangat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) bagi menentang Austria pada tahun 1860. Hasil bantuan tentera Napoleon III, Itali berjaya menewaskan Austria. Melalui satu pungutan suara yang diadakan, Count Camillo Benso di Cavour memperoleh sokongan majoriti rakyat untuk menyatukan Itali.

Pada tahun 1866, sebagai balasan terhadap kerjasama Itali membantu Prussia menewaskan Austria, wilayah Venetia telah dipulangkan kepada Itali. Pada tahun 1870, Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom, dan Count Camillo Benso di Cavour mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali.

Itali asalnya dikuasai oleh Austria dan rakyatnya mahu menyatukan Itali dengan membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Benso di Cavour berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara melalui realpolitik. Realpolitik adalah amalan yang mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamatnya.

Usaha Benso di Cavour dalam penyatuan Itali:-
a)      bekerjasama dgn Napoleon III menentang Austria
b)      mengadakan punggutan suara
c)      membantu Prussia tewaskan Austria
d)     menyatukan berlandaskan pemerintahan monarki
e)      menyatukan melalui amalan Realpolitk
f)       Perancis berundur dari Rom, beliau telah mengambil kesempatan menyatukan Rom dan Itali.
g)      Akhirnya terbentuklah sebuah negara bangsa Itali.

2.3  PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA JERMAN

Penyatuan Jerman dilakukan oleh Otto Eduard Von Bismark dengan mengamalkan realpolitik dan politik darah dan besi untuk menyatukan Negara ini pada tahun 1871.
Bismark telah menggunakan pelbagai taktik. Taktik yang digunakan oleh tokoh ini:_
i) tipu helah
ii) pemalsuan dokumen
iii) provokasi
iv) penipuan
v) ugutan untuk mencetuskan peperangan

Matlamatnya adalah untuk menyatukan Jerman. Rakyat Jerman bersedia menerima sistem kediktatoran yang diperjuangkan oleh tokoh mereka untuk menyatukan Jerman. Tokoh ini juga menggunakan isu membenci kuasa asing untuk memenangi dan membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan tempur.

2.4  PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Berbeza dari pembentukan Negara bangsa di Eropah yang mengamalkan realpolitik serta politik darah dan besi.

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah merupakan penyatuan ummah. Nabi Muhammad s.a.w menyusun perlembagaan sebelum mengasaskan kerajaan Islam di Madinah.

Piagam Madinah berjaya menyatukan penduduk yang berbilang kaum iaitu Yahudi, orang kristian dan orang Arab.  Baginda membentuk kerajaan Islam dengan menggunakan cara diplomatik, musyawarah dan permuafakatan.

Pembentukan kerajaan Islam di Madinah membuktikan bahawa kejayaan tersebut adalah disebabkan oleh wujudnya amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Amalan ini patut dicontohi untuk menjamin keutuhan Negara dan bangsa.

2.5 PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

Pembentukan negara Malaysia pula tidak melibatkan pertumpahan darah. Berkat kebijaksanaan pemimpin. Kemerdekaan dicapai melalui rundingan, pakatan murni dan tolak ansur antara tiga kaum terbesar di Negara ini.









2.4.1        CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA
                                         




2.5  CIRI-CIRI NEGARA DAN BANGSA DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA
Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak persamaan dengan ciri-ciri negara bangsa moden pada hari ini. Ciri-ciri itu ialah wilayah pengaruh, kedaulatan, rakyat, kerajaan, lambang-lambang dan keunggulan undang-undang.
Wilayah
Setiap negara mempunyai wilayah, iaitu kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum. Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.
Kedaulatan
Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah Negara atau pemerintah. Negara atau pemerintah boleh menggunakan segala kuasa yang dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang. Ini bermakna negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan memastikan sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjaiahan kuasa asing. Pengertian tentang kedaulatan dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan negara moden. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah. Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.
Lambang Negara
Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa. Sistem pemerintahan beraja adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam merupakan warisan yang dikekalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka hingga hari ini. Kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana.
Undang-undang
Salah satu asas pembentukan negara dan bangsa ialah keunggulan undangundang dalam pemerintahan. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat. Hukum Kanun Melaka ini turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhoda kapal dan hukuman bagi kesalahan jenayah.
Rakyat
Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, rakyat bertanggungjawab untuk mentaati raja yang memerintah. Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya
Kerajaan
Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomdtik dengan negara lain. Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud apabila adanya raja. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi portfolio mengikut bidang tugas masing-masing, iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jaiahan takluk Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan menjamin kesentosaan system pemerintahan beraja dan kerajaan di Melaka


2.5.1        WARISAN NEGERI MELAYU: KESULTANAN MELAYU MELAKA


2.6  UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

Diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar. Merupakan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap. Dikuatkuasakan pada tahun 1895. Mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri. diasaskan mengikut perlembagaan Barat.

Raja
Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki, beragama Islam dan merupakan waris pemerintah Johor. Raja berhak memilih Menteri Besar, manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.

Majlis Mesyuarat Kerajaan
Dibahagikan kepada dua, iaitu Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksanaan. Menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua dan berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat seperti yang termaktub dalam Fasal 49 perlembagaan berkenaan. Jemaah Menteri pula terdiri daripada 8 hingga 12 orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri. Mereka ini berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat Johor.


Tugas dan tanggungjawab
Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor. Persidangan Jemaah Menteri diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila dikehendaki oleh Raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah Menteri.

Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh keinginan pemerintah Johor untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak. Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan sistem pentadbiran Johor bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.

2.7  UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN TERENGGANU

Diluluskan oleh Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918) yang memerintah Terengganu selepas kemangkatan ayahanda baginda, iaitu Sultan Ahmad Shah pada tahun 1911yang dikenali sebagai Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.

Undang-undang ini berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Tuiuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu. Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911 menghasilkan beberapa perubahan penting dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Terengganu. Undang-Undang ini masih mengekalkan amalan sistem monarki dengan memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam, iaitu sebagai agama negeri.

Pemerintahan beraja di Terengganu bercorak raja berperlembagaan. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki, dan merupakan waris Sultan yang memerintah Terengganu. Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri yang menganggotai Mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, rakyat Terengganu, serta mengaku taat setia kepada Sultan dan kerajaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan. Jemaah Menteri pula berhak memilih Naib Menteri Besar setelah diperkenankan oleh Sultan. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.

Waris Sultan atau Menteri dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Pemerintah Terengganu menyedari kepentingan perlembagaan bertulis yang teratur dan mantap untuk menjamin sistem pentadbiran yang berkesan. Selain itu, perlembagaan bertulis ini juga menggambarkan kebijaksanaan pemerintah Terengganu untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan sebagai benteng atau tulang belakang untuk mengekalkan kedaulatan negeri Terengganu.
  
2.8  PERSAMAAN UNDANG-UNDANG TUBUH JOHOR DAN UNDANG-UNDANG TUBUH  TERENGGANU
2.9  SISTEM JEMAAH MENTERI DI KELANTAN

Sistem jemaah Menteri di Kelantan telah diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836). Sultan Muhammad II (1836-1886) membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan kelantan. Sultan Muhammad II telah menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan.

Struktur Sistem Jemaah menteri Kelantan.
a)      Jemaah Penasihat Raja – Menguruskan perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
b)      Jemaah Menteri Istana – Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
c)      Jemaah Menteri Keadilan dan kehakiman – Mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
d)     Jemaah Menteri Dalam Negeri – Menjaga keamanan Negeri.
e)      Jemaah Menteri Luar – Menguruskan dasar dan hal ehwal luar negeri.
f)       Jemaah Menteri Perbendaharaan – Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
g)      Jemaah Menteri Peperangan – Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
h)      Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri – Menguruskan kemajuan dan pembangunan negeri.

2.10          NEGERI SEMBILAN- PRINSIP DEMOKRASI DAN KONSEP PERSEKUTUAN

Terdiri daripada sembilan buah negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir telah pun mempunyai rajanya sendiri pada abad ke 18 iaitu Raja Melewar (gelaran Yamtuan Besar) dan bersemayam di Seri Menanti. Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan sebelum terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu melalui Perjanjian Persekutuan 1896 oleh British dan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
Cara memilih pemimpin
Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar. Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda tidak berhak melantik pembesar. Hal ini disebabkan pelantikan tersebut dibuat oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah. Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.

Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa daerah atau jajahan yang disebut luak. Empat luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Ketua setiap luak ialah Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga. Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar.  Di bawah Undang ialah Lembaga dan Lembaga ini dilantik oleh Buapak. Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Lembaga berkuasa memilih individu yang layak menjadi Undang. Buapak merupakan Ketua Perut. Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah khususnya, yang berkaitan dengan adat. setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.

Sistem Adat Pepatih

Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringkat. Sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur demokrasi. Sistem pemerintahannya telah melahirkan peraturan hidup seperti kepentingan bersama, semangat bergotong-royong, permuafakatan dan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Sistem ini lebih mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku semasa memilih pemimpin.

3.0  RUMUSAN
Istilah negara bangsa dan negara dan bangsa digunakan dalam konteks yang berbeza. Konsep negara bangsa merujuk kepada negara bangsa moden di Eropah. Konsep ummah merujuk kepada kerajaan Islam di Madinah. Konsep negara dan bangsa di Malaysia pula merujuk pada pembinaan negara dan bangsa Malaysia. Kepelbagaian tafsiran ini disebabkan oleh perkembangan Sejarah yang berbeza yang berlaku di Eropah, Asia Barat dan Malaysia.
Pembentukan negara bangsa.

Pembentukan negara bangsa Itali dan Jerman di Eropah adalah berasaskan kepentingan persamaan rumpun bangsa dan bahasa. Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pula berdasarkan penyatuan ummah Islam. Pembentukan negara dan bangsa di Malaysia bergantung pada kesediaan setiap warga negara yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan sikap tolak ansur dan kesederhanaan. Setiap kaum mesti sanggup berkongsi secara bijak dalam bidang politik, ekonomi dan sosial bagi memperkukuh pembinaan negara dan bangsa Malaysia.




No comments:

Post a Comment