Assalamualaikum W.T.W dan selamaT Sejahtera deaRest... =)

Thanks for viewing my Blog.... <3 <3 <3

Be My Followers

Thursday 19 July 2012

ekosistem hutan terganggu...

hyeee.. :) mcm extreme je tajuk entri ni.. :) 
haruslah extreme..kne wt kajian lapangan pasal hutan kot..haha..tkkn dh tukar option lak sha ni.. :)
ni sbnrnye kajian lapangan bdk 15tahun..dan ambe kne buat sbb org hostel call..FOLIO HILANGGGG!!! nangis-nangis dye tepon mak dan akak dya kt umah.. :) comel jak adik ku ini..

so,bermula lah agenda baru.. :) disebabkan tkde keja kt umah nih..i pn menawarkan diri utk membantu sedikit sebanyak.. :) cari-cari bahan je..bg maklumat pe yg patut.. :) ada jgk fatwa rekaan, tp bkn lah rekaan semata-mata ye..rekaaan berdasarkan pengetahuan.. :) 

ini lah hasil nyaaaa.. :) adik-adik yg lain..semoga boleh membantu.. jgn cuai letak folio yg sudah siap tau...nnt tk pasal-pasal kna buat lain..sian org yg kt umah..haha.. :)  seminggu kemuadian..setelah folio rekaan ku hampir siap..rasanya dh siap kot masa tu.. bdk 15tahun tu pn call..umi..alongg..folio tu jumpa sudah..tercicir dalam kelas.. huahuahuahua... :) betuah sungguh punya budak.. :) tkpa lah dik.. :) sayanggggg kamuu... (geram hingga mengigit jari... :) )

Konsep Ekosistem Hutan                  
 Ekosistem merupakan interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik) dengan benda bukan hidup (abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan, tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya matahari dan sebagainya.
Sementara ekosistem hutan pula adalah hubungan  antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna yang hidup dalam lapisan dan di permukaan  tanah dan terletak pada suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem.
 Ekosistem hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti  manusia yang sewenang-wenangnya  meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan pembangunan dan sebagainya tanpa memikirkan kesan dan akibatnya dikemudian hari seperti yang berlaku di kawasan kajian.
Sebagai contohnya, ekosistem hutan yang terganggu akan menyebabkan haiwan-haiwan yang tidak sepatutnya keluar dari hutan seperti babi hutan kini telah berkeliaran di kawasan umum. Hal ini kerana habitat haiwan berkenaan telah diceroboh ataupun dimusnahkan. Ini akan menyukarkan pihak yang terlibat seperti perhilitan untuk mengawak keadaan tersebut.
Kepentingan Ekosistem Hutan
1)      Habitat Flora Dan Fauna
a.       Kawasan hutan menjadi habitat atau tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar seperti burung, ular, ulat beluncas dan lain-lain lagi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan tersebut.  Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas.
2)      Membekalkan oksigen
a.       Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan hijau merupakan agen yang membekalkan oksigen yang baik kepada manusia.hal ini kerana, pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Hal ini akan membantu manusia untuk mendapat bekalan oksigen yang cukup. Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita hendaklah bersatu hati menjaga alam sekitar kita yang kaya dengan sumber alam yang amat berguna sebelum ianya pupus.
3)      Zon penampan mengawal hakisan
a.       Akar tumbuh-tumbuhan hutan berfungsi untuk mencengkam tanah dan seterusnya mengurangkan keporosan  tanah . Disamping itu juga akar-akar pokok juga akan mengurangkan kadar larian air di permukaan bumi. Secara tidak langsung telah menjadi penampan mengawal hakisan tanah daripada jatuh atau runtuk ke bawah.

4)      Eco-pelancongan dan rekreasi
a.       Kadang-kadang hutan juga satu bentuk pelancongan yang berhubung kait dengan alam sekitar. Hutan boleh dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk sekitarnya seperti dijadikan kawasa beriadah, berjogging, dan merehatkan minda bagi penduduk bandar. 
5)      Kawasan tadahan air 
a.       Hutan sebagai kawasan sumber bekalan air bersih. Hutan bertindak sebagai penadah dan penapis untuk menentukan tahap kejernihan air. Sebagaimana yang diketahui, akar pokok juga berfungsi untuk menyerap air hujan.  Air dari sinilah yang akan  mengalir  ke permukaan sungai-sungai utama. Sumber bekalan air dari hutan yang belum dicerobohi adalah selamat, jernih, segar dan menjamin kesihatan. 
Daripada huraian di atas, ternyatalah bahawa hutan sangat penting kepada manusia. Pelbagai usaha secara konsisten dan sistematik harus dilakukan agar penerokaan hutan dan pencerobohan secara haram dapat dibenteras. Oleh yang demikian, kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan daripada terganggu.

Kesan Ekosistem Hutan Terganggu

1)      Hakisan tanah berlaku
·         Penerokaan hutan menyebabkan hakisan tanah. Penerokaan hutan tinggi menyebabkan sturuktur tanah menjadi longgar. Penerokaan hutan mendedahkan permukaan tanah secara langsung kepada hujan, air hujan akan melarikan tanah ke kawasan yang lebih rendah dan menyebabkan kawasan sekitar berubah.

2)      Kawasan tadahan air terjejas
·         Penerokaan hutan menyebabkan pencemaran sungai dan kawasan tadahan air. Kemusnahan hutan turut memusnahkan kawasan takungan air. Sisa-sisa penerokaan hutan akan mengalir ke dalam sungai apabila hujan turun. Lambakan sisa buangan akan menjejaskan sumber bekalan air bersih seterusnya memusnahkan hidupan akuatik.

3)      Suhu meningkat
·         Penerokaan hutan menyebabkan perubahan iklim. Penebangan hutan secara tidak terkawal akan mengubah suhu persekitaran. Pemanasan global iaitu peningkatan suhu dan kesan rumah hijau berpunca daripada aktiviti penebangan hutan, penggondolan tanah dan pembakaran terbuka. Selain itu, bekalan oksigen juga turut berkurangan.

4)      Eko-pelancongan tidak dapat dibangunkan
·         Kemusnahan hutan akan menyebabkan tempat rekreasi dan pelancongan terjejas. Di mana, tiada lagi wujud suasana yang tenang dan bersih untuk dijadikan tempat beristirehat bagi penduduk Bandar dan sebagainya.

Kawasan hutan terutamanya kawasan tanah tinggi yang mempunyai pelbagai sumber alam perlu dijaga agar tidak memberi impak buruk kepada kehidupan dan alam sekitar. Kita perlulah menjaga keharmonian manusia dengan alam sekitar. Hal ini kerana keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Cadangan Untuk Mengurangkan Ekosistem Hutan Terganggu

1)      Pembangunan terancang
·         Pihak pemaju perumahan pula perlu menyusun semula segala pembangunan sesuatu tempat.  Ini untuk mengelakkan sebarang hakisan akan berlaku . Mereka juga perlu bertindak cepat dengan menanam tumbuhan tutup bumi di semua kawasan lapang.

2)      Pendidikan alam sekitar
·         Pihak pemaju perumahan perlulah bekerjasama dengan majlis daerah atau majlis pembandaran untuk  membuat beberapa program kesedaran berkenaan pendidikan alam sekitar.  Selain itu juga penduduk digalakkan menanam tumbuhan hijau disekeliling rumah dengan bantuan pemaju perumahan. Dengan itu, selain untuk tujuan membaiki ekosistem hutan orang ramai juga akan dapat menghias kawasan rumah masing-masing.

3)      Kuatkuasa undang-undang/perhilitan
·         Pihak kerajaan perlulah menghadkan pemberian permit kepada pemaju perumahan dalam  mereroka kawasan  baru untuk tujuan pembangunan. Mereka perlu mengambil kira mengenai kawasan-kawasan hijau yang sangat berpotensi di masa hadapan. Hal ini akan dapat membaiki semula ekosistem hutan. Semua pihak juga perlu melibatkan diri dalam proses pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

4)      Kempen alam sekitar
·         Pihak kerajaan serta badan bukan kerajaan iaitu NGO juga perlu mengambil peranan dalam menangani masalah ekosistem hutan terganggung ini dengan mengadakan kempen-kempen alam sekitar samada dalam kalangan pelajar mahupun kepada golongan bekerja dan sebagainya. Sebagai masyarakat pula, kita seharusnya peka terhadap isu-isu alam sekitar iaitu dengan prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. 

sambungan..bukit cerakah~


jalan-jalan nek basikal adalah salah satu aktiviti yg ada kt bukit cerakah ni..huhuhu..sngatt mencabar~ :)
sewa basikal ni ikut jam..1jam rm5 kalo tk silap..sbb sha ni terlalu terer nek basikal..kmi amk sejam je la..hahaha.. :P lama la sngttt..tu la catatan paling awal skali kt senarai buku log sewa basikal tu.. :) smpi bdk jaga tu kata..ai..kejap je main.. :D heee....malu...

bawah ni basikal yg ku naiki yg mmbuatkan aku jatuh tergolek dok kt tepi jalan aritu..heeee..sib baik tkdak org... :) 


yg ni basikal tua..hehehe..bru kayuh tk smpi semeter..rantai tanggal... 



org len men relax jew..jeles-jeles.. :) 


basikal tua dh elok.. :) 


tp pi singgah minum jap..kayuh tkde la jau mne..letih je yg lebih..hahaha... :)


basikal berduyun tibaaaaaa...time ktorg nk naik..satu pn tkde... 


to those yg nk nek basikal kt bukit cerakah tu..kne g awal2 ye..sbb ni adalah antara hot item kt sana..sat je abeh...full org tempah.. :) kalo tknk naik basikal..bas ade.. tp rugi la kn kalo tk try berbasikal.. so,try jgn tk try.. :) pasni kite g zoo pulak.. :)

Tanah TiNGGi... :)


assalamualaikum w.t.w.... :) 

FYI..sha ni sngt suka jalan-jalan...g mne2 tmpt yg tk penah pg.. yg dh pg pn ade gk g bnyk kali dh..selagi ada kemahuan disitu ada jalan..haha.. :) 
so, sementara diberikan peluang utk jalan-jalan,jgn lepaskan.. lg satu,sha suka amk gambar..hrmm..biasa la tu.. :) gambar kt bwh ni la salah satu tmpt yg sha penah pg.. :) 

okey..enjoy this pic..go genting!!! :) 









tablet PC...ngeeeeeee~


assalamualaikum w.t.w dan selamat pagi... :)

dh ada..bru ada...haha..ni la gadget terkini sha ado..kecoh la pulak..biar la..ko adooo??? heee... :) tk reti guna sngt..masih amatur lg.. :) tkpe..slow-slow.. 


MaKanaN~


rindu lak dengan midValley..hahaha.. :)






kek lapis cheese...nyummmm~


hye semua.. :) 
skg masa utk masak-masak...haha.. :P kek lapis keju nama resepi..actually dpt resepi ni dr kwn classmate from sarawak.. :) mse kt kehel dulu g nk buat kek ni..tp asyk tk berkesempatan pulak..sbb keju yg di cari tk jmpe2x..puas cari..dr awal sem smpi akhir sem..dr sem lalu smpi sem ni.. heee..amboii..cari la sngttt kan.. :) akhirnya tercapai jgk cita-cita nk buat kek ni.. :) nk try buat sblm raya..kot raya nnt boleh buat hidangan para tetamu.. :) 

okeyy..ni dya bahan-bahan yg diperlukan:
1. keju yg sha guna ni 1kg boleh dua kali buat..bahagi dua je keju ni..and keju ni dh siap creamy gitu..so,tk perlulah letak krim tambahan..
2. satu tin susu..sha beli yg besar terus..tp guna dua kali..sama dengan keju td..mksd nya susu ni bahagi dua gk la..sbb besar..nnt cair pulak kek kita..
3. biskut..biskut pa pe pn boleh..janji sodap.. :) sha guna dua biskut..adunan pertama guna biskut cheese hwa tai yg kale biru.. adunan kedua sha guna buskit marie yg dlm pic ni.. 

ni kira nya dh kali kedua la buat kek ni.. :) sbb buat yg pertama sambutan amat memberangsangkan dari para family..hohohoh.. :)




haaa...ni dye rope keju krim..lbih putih berbanding keju sebenar.. :) dan lebih senang nk mix kan ngn susu.. tingai separuh dh keju tu.. yg separuh lg dh ngap lam mulut.. :D


masukkan keju dalam bekas adunan.. :) emmm...berketul-ketul cik keju kita ni ye..berketul jgk la bahu nk mengacau nyeee.. :)


lepas tu tuangkan susu.. :) setengah tin besar td hingga habis.. :) 


tuang sedikit demi sedikit..nk tuang trus pn tkpe... :) bajet chep la konon.....


haaaa....adunkan.. nk senang guna la mixer..... :) tp sha manual jew....


tadaaaaaa..... :) dh bercampur......


ni utk bahan tambahan je..tknk letak pn tkpe...hehehehe :) nestum dan oat.. :) mknn kegemaran ku kini..hehehe..nk kurus kn bdn konon..mkn la ni jew...



akhir sekali, susun la biskut kita sambil tuang adunan td selapis demi selapis dlm bekas dan sejuk kan dlm peti ais...dh siap... :) biar kan semalaman kalo nk hasil lebih menyelerakan..... :) telupa lak nk amk pic susun biskut dan potongan kek keju..tkpe...nnk sha upload ye kawan2x.... :) enjoy..



R.e.S.u.L.T... (@_@)v

assalamualaikum w.t.w...
ho laaaaa suma... :)
sha skg ni tngh relax2x di kampung halamanku yg indah.. :) 
iaitu semporna, sabah.. okey..aku org sabah bah.. sbb bnyk sngt guna bah..banyak la air bah kt cni..hehehe.. :P

hari ini dpt berita pasal result..huahuahua.. aim graduate officially..hehehe..yeke??
mcm lom official lg..sbb dr td nk bukak laman web utk konvokasion asyk tk dpt bukak bah.. asyk maklumat anda belom dikemaskini oleh bahagian peperiksaan..aduiii na.. mcm mna ni??? (@_@)v adakah aku akan grade dis year or tidakkkkk????? 

heee..nnt bile nk g kehel terima scroll..nk sambut hari konvo ku dgn mknn ini volehhh?? heeee..nk order~moo cow nk dua cup..topping melon seed ngn pumpkin seed..Big-Big apple nk 6ketul..pancake durian nk extra 2ketul..hohohoho.. pancake durian yg tk dpt ku lupakan..ada filing isi durian yg segar bugar dr dusun..sngtttt cedapppppp... :P