Assalamualaikum W.T.W dan selamaT Sejahtera deaRest... =)

Thanks for viewing my Blog.... <3 <3 <3

Be My Followers

Sunday 4 December 2011

mari MembaCA.....^^

assalamualaikum w.t.w.... 
olaaa everyone... sya nk share something ngn korg...hee..^^ kt bawah ni, entri yg tajukny "ABU UBAIDAH SEORANG YANG PENDAI BERNIAGA" ni, adalah merupakan sebahagian drpd assgment yg 1st skali siap for this semester..wahahah... =D cm rasa puas je bunyik nye kan..(sangat berterima kasih kepada dia yg bnyk membantu sya..TQ so muchh! =)143...) dh ciap tu..dh anta n dh present pn..(hrmm..bile ckp pasal dh present yg tk gemor ni..present i TK BEST!!! but i not going to story telling about that..) ok, before dat, utk pengetahuan sekalian,,sem ni sya amk 7 subjek sume nye okeyy..so,fikir kan..today was ari ke-5 utk bulan december n sya baru siap kan SATU assgment..(wat the pemalas pnye org).. hehehe..bkn mcm tu..yg len tu dh ndw sbnr nye..tapi tk anta lagi.. so,i kira tu lom settle lah kn.. hehehe..i seorang yang Rajin okeyy..  okey lah.. enjoy it..!! =)

ABU UBAIDAH SEORANG YANG PANDAI BERNIAGA

Sejarah keusahawanan Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ telah bermula sejak beliau belum memeluk agama islam lagi. Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ adalah seorang yang terkenal dengan seorang yang pandai berniaga. Beliau menguruskan perniagaan ahli keluarganya sendiri.
Seperti kebiasaannya, Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ akan membawa haiwan ternakannya untuk dijual di Pasar Ukaz iaitu pasar yang menjadi tumpuan penduduk Mekah. Beliau biasanya selalu ke pasar tersebut apabila tidak berniaga di luar Kota Mekah. Di situ, beliau mencari rezeki atau setakat berjalan-jalan di sekitar pasar itu. Begitulah rutin hariannya. Sebagai peniaga, beliau tidak betah duduk diam di rumah.
            Pasar Ukaz yang terletak di tengah Kota Mekah sentiasa dipenuhi orang ramai yang mahu membeli keperluan harian. Pasar itu menjadi pusat perniagaan bagi penduduk Kota Mekah dan kawasan sekitarnya. Kemasyhuran pasar ini bukan di segi aktiviti perniagaan sahaja, tetapi meliputi kegiatan kebudayaan dan kesenian. Di dalam pasar tersebut terdapat patung-patung berhala pelbagai saiz dan rupa yang diperbuat daripada tepung terdapat pada setiap kedai kerana itulah yang paling laris jualannya. Mereka membeli kuih tepung berhala itu bagi dibawa pulang. Kemudian disembah sebelum mereka memakannya.
            Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ seorang yang pandai berniaga. Orang ramai suka membeli jualannya kerana dia peramah, pandai mengambil hati pelanggan dan harganya tidak mahal. Dengan itu, haiwan ternakan yang dijual oleh Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ cepat habis. Beliau tidak segera pulang ke rumah tetapi lebih suka berjalan-jalan di sekitar Pasar Ukaz. Apabila orang ramai melihat kedatangan Abu Ubaidah, mereka terus mendapatkannya kerana Abu Ubaidah terkenal dengan sifat pemurahnya kepada orang ramai. Beliau amat disenangi oleh orang ramai kerana seringkali memberi makanan dan barang-barang lain kepada sesiapa yang dijumpainya. Kedatangannya dinanti-nanti oleh mereka. Sikapnya yang tidak kedekut itu membuatkan penduduk kota Mekah menyayanginya.
            Setelah urusan menjual haiwan ternakan di Pasar Ukaz telah selesai, beliau akan ke ladang ternakan kambing untuk melihat keadaan kambing yang dipeliharanya. Beliau dibantu oleh beberapa orang pekerja untuk menjaga haiwan-haiwan tersebut semasa ketiadaannya. Antara pembantunya yang paling setia adalah seperti Munazil dan Sumarah. Abu Ubaidah selalu menjaga kebajikan para pekerja dan disebabkan itu, pekerjanya amat patuh kepada arahannya. Dia juga menjadikan para pekerja sebahagian daripada keluarganya. Kerana sikap beliau yang amat mengambil berat akan kebajikan para pekerjanya, pekerjanya itu masih lagi taat setia kepada beliau walaupun saat beliau mengalami kejatuhan dalam perniagaan.
Beliau telah dihalau oleh keluarganya kerana memeluk islam. Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ telah kehilangan punca pendapatan apabila ayahnya merampas kesemua hartanya. Walaupun demikian, itu tidak sama sekali menghalang beliau dari terus bangkit demi mengembangkan syiar islam. Beliau nekad ingin berniaga semula dengan memelihara beberapa ekor kambing sebagai permulaan. Sekiranya penjualan kambing-kambing itu membuahkan hasil, beliau bercadang untuk membuka ladang ternakan kambing. Dengan hasil perniagaannya itu nanti, dapatlah beliau menyalurkan wang bagi mengembangkan syiar Islam. Itulah niatnya.
Berkat kesungguhan yang ada dalam diri Abū ‘Ubaydah bin al-Jarāḥ, akhirnya beliau Berjaya memulakan perniagaannya. Abu Ubaidah pergi mendapatkan pertolongan daripada Kadir bagi urusan membeli kambing-kambing milik keluarganya. Abu Ubaidah telah merancang perniagaan beliau dengan teliti. Sebagai permulaan perniagaan, beliau membeli sepuluh ekor kambing sahaja. Beliau juga mahu mengupah seorang pengembala kambing bagi menjaga kambing-kambingnya tetapi masih belum ada orang yang dipercayai. Pada masa itulah sumarah datang kembali kepadanya memberikan pertolongan sebagai membalas budi beliau yang pernah membantunya dulu.

P/S: maaf kalo ade tersilap fakta ke ape..feel free for any komen.. =) k daaaaaa......

No comments:

Post a Comment